Picture
Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan dalam 
KALANGAN WANITA

----DI MALAYSIA


Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di
negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960-an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkandan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970-an hingga lewat 1980-an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan dalam kalangan wanita di sekolah, kolej,universiti serta jabatan kerajaan dan kelab.


Persatuan Bola Jaring Selangor merupakan persatuan pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970-an. Keadaan ini diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka,Johor dan Pahang. Kesemua persatuan-persatuan negeri ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhumah Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. PBJM mempunyai 17 ahli gabungan yang terdiri daripada 14 ahli gabungan dari negerinegeri dan 3 ahli gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Malaysia merupakan salah satu ahli pengasas Persekutuan Bola Jaring Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985. Aktiviti utama PBJM adalah untuk menganjurkan kejohanan bola jaring pada peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan pada peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Kejohanan ini terbuka kepada semua ahli gabungan. Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984. Kejohanan pada peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain ke peringkat antarabangsa.





9/22/2020 06:24:12 pm

Thanks to learn about netball history

Reply
Udhayaatharsini
10/4/2020 05:50:37 pm

Thank you I can learn many information about netball

Reply
safiyyah maisarah
2/14/2021 03:18:15 am

mana nama pengasas dia?

Reply
LAAVANYA RAJASURIAN
3/26/2021 10:41:46 pm

TQ VERY MUCH BECAUSE ITS WORKS FOR MY NETBALL PRESENTATION
TQVM ONCE AGAIN GUYS

Reply
4/24/2021 12:51:17 am

mana aspek keselamtan,undang-undang?

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Hi kawan-kawan! Blog ini mengandungi serba sedikit atau sebanyak mungkin pasal ...BOLA JARING :)  Kami berharap maklumat dari blog ini dapat membantu anda :)

    Archives

    March 2013

    Categories

    All